Monday, September 8, 2008

Kekasih Lama Yang Pundek

Aku memang terasa nak mencarut. Aku baru lepas sahur dan rasa nak muntah kerana aku makan terlalu banyak. Nasib baik ada telur masin kegemaranku. Tapi aku marah macam neraka sebab sambal petai UDANG (tinggal petai yg aku tak suka tu je) sudah habis ditelan oleh mereka yang hanya tahu makan percuma. All the time. Sangat pundek. Ada masa lagi nak mencarut sebelum azan berkumandang. Lepas ni aku kena bersopan santun. Oh wut da hell?

Mari teruskan. Sebenarnya aku terlalu marahkan kekasih lama aku. Lama tak lama lah. Aku dengan dia baru berpisah 6-7 bulan lepas atas sebab aku sendiri tak pasti. Terlalu banyak punca. Kroniknya.. dia ialah kekasih pertama dalam hidup aku. Kerana itu aku sebut kronik. Siapa ada cinta pertama maka mereka akan tahu betapa kronik dan seksa hidup selepasa melalui kekecewaan cinta pertama. Semua manusia tak percaya aku punya kekasih pertama diusia 25tahun. itu 2 tahun lepas. Sila tambah 2 untuk campur umur baru. Nanti saja lah aku cerita bab sejarah cinta aku itu. Bukan ke sekarang masa untuk aku maki hamun?

Ya.. kau memang celaka wahai kekasih pertama! Semalam aku telefon kau untuk berbaik², untuk ucapkan selamat malam (yang sebenarnya aku rindu kau gila babi) tapi apa lah yang aku dapat? Seperti biasa, kau selalu beri aku tahi. Tahi ayam ok lagi. Ini tahi kau yang memang busuk. Hitam pula tu. Lupa pula aku. Kau memang hitam. Aku pun hitam. Tapi sebab kau jahat maka kau orang hitam yang busuk. Aku terasa sangat cibai bila sayang orang macam kau.

Soalan bodoh yang keluar dari bibir hitam kau "dah ada pakwe ke belum?" kemudian aku yang bodoh ini juga menjawab "belum ada" dengan harapan kau akan cakap kau nak bercinta dengan aku semula. Pelamin anganku musnah belaka kerana tiba² kau menjawab "cepat² lah mencari.. cepat² lah ada.." kemudian kau membebel celaka hapa ntah aku malas dengar. Kau ingat aku perempuan murahan? Kau ingat aku senang jatuh cinta? Sangat bastard kalau kau ada rasa macam itu. Kau rimas aku cari² kau sekarang sampai suruh aku mencari lelaki lain? Sudah lah kau. Kau ingat kau best sangat ke? Kau memang tak best. Penyangak! Tapi aku sayang kau. Aku tak boleh lupakan kau. Kau paham tak sial? Lain kali aku sambung maki hamun. Sudah masuk subuh. Hujan lebat. Sambung tidur pun bagus. Oh aku kerja hari ni. Macam pundek!

p/s: Maafkan saya kerana TERcarut. Dalam hati berkata "Suka hati aku lah! Kau pedulik apa?"

Sunday, September 7, 2008

Mimpi Ngeri

Menakutkan. Menyeramkan. Mengerikan. Lain ke makna² tu?

Aku mimpi kereta aku kemalangan. Sebenarnya sudah 2 kali aku mimpi begitu. Pertama kali masa mula² puasa. Kereta aku terbelah dua. Yang baru sekali jadi waktu semalam. Sebenarnya siang. Oh.. aku suka tidur siang di bulan puasa. Tidur itu nikmat bukan? Walaupun ku tahu pahala sangat kurang. Plus aku mcm tak puasa je. Erk. Ya.. siang kelmarin aku bermimpi keretaku kemek berlanggar kenderaan lain. Lepas itu hampir berlanggar abangku sendiri. I love u Along. La tak sengaja.

Yang pelik. kedua² mimpi tersebut.. hanya kereta ku yg teruk keadaannya. Masuk bengkel. Eh, aku belum cakap apa yang peliknya. Ya, yang peliknya.. si pemandu tersebut yakni aku. Aku langsung tak cedera ok. Sikit pun tak ada lah.

Apakah maksud yang tersirat disebalik mimpi² aku itu?

Adakah aku bakal mendapat musibah? minta dijauhkan.
Adakah aku akan menjadi kaya? syukran!
Adakah aku akan berkahwin? oh ya.. aku dalam golongan andartu (?)
Adakah aku akan dapat kerja yg best? kerja sekarang sangat membosankan

Aku tak suka percaya tafsiran mimpi yang ntah apa-apa ntah. Kadang² ia membuatkan aku lebih DIPRESI.

Saturday, September 6, 2008

Kenapa Jerawat?

Tetiba aku buat blog. Ada ke patut URL nya Jerawat Bersepah? Sungguh keji dan hina sekali nama itu kan? Pedulik apa aku. Secara jujur, Aku mengaku aku punyai jerawat yg bersepah kat muka ni. Besar² nyah. Dahi, Hidung, paling tak boleh blah kat Pipi comel aku ni. Comel ke? Sengaja nak puji diri. Sebab takkan ada org puji pipi berbulu roma lebat macam adik beradik Chimpanzee. Bukan ke kita memang adik bradik mereka? Wuteva. Aku suka mereka so much. Comel je rasa macam nak cium.

Aku tak sure apa motif aku register blog. Apetah orang lain? Satu je. Aku nak luah apa yg aku suka dan tak suka. Aku tanak pedulik apa orang lain suka dan apa orang lain benci.. Kadang² aku letih jadik manusia hipokrit. Weh.. aku bukan hipokrit dan tak reti tipu² ni. Aku cuma menjaga adap dan menjaga hati orang lain *wat muka inesen* Memang poyo dan bosan. Tapi itu lah hakikatnya. Mak dah letih nyah..

Masa ni lah aku nak jelajah blog² yg besh yang aku suka. Yang bisa menghiburkan hati gue!